dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Kg Karangan, Kelantan
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook
    insta

Pengenalan eKelas Portal Kepada Pelajar Baru

22 Februari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 21 Febuari 2020, telah diadakan sesi pembelajaran eKelas Portal sebagai pengenalan kepada pelajar atau ahli baru yang mendaftar sebagai pelajar eKelas 2020. Kelas ini didakan di Bilik Latihan Pusat Internet (PI) Kampung Karangan selama 2 jam bersama 4 orang pelajar Tahun 6 dan Tingkatan 2. Secara am nya, program eKelas merupakan kerjasama antara Pusat Internet dengan Maxis Sdn Bhd yang meliputi seluruh Pusat Internet di beberapa negeri dalam Malaysia. Kaedah ini boleh membantu para pelajar untuk lebih meminati dan memahami subjek yang dipelajari menggunakan kemudahan komputer dan internet yang disediakan di Pusat Internet.

Program eKelas tersebut bertujuan meningkatkan pencapaian akademik untuk komuniti luar bandar dengan memfokuskan matapelajaran Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris untuk pelajar tingkatan 1, 2 dan 3 manakala subjek Sejarah, Sains, Fizik dan Bahasa Inggeris bagi Tingkatan 4 & 5. eKelas ini menggabungkan pembelajaran melalui tutorial secara langsung, pembelajaran secara berkumpulan dan bahan kandungan digital interaktif yang selari dengan Kurikulum sekolah Malaysia. Oleh yang demikian, pihak pengurusan PI Kg Karangan berharap lebih ramai pelajar yang berminat dan akan berdaftar eKelas portal secara percuma melalui PI Kg Karangan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas

© 2014 - 2019 Semua Hakcipta Terpelihara.