dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Kg Karangan, Kelantan
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Sesi Pembelajaran – Proprofs Games

9 Disember2019 | Aktiviti Terkini

Pada 8 Disember 2019, bertempat di Bilik Latihan Pusat Internet (PI) Kampung Karangan, telah diadakan sesi pembelajaran melalui laman web percuma Proprofs iaitu ‘Online Word Search Puzzle’ bertajuk ‘Family’ atau keluarga bersama pelajar-pelajar sekolah rendah Kg Karangan. Kelas ini bertujuan untuk menguji daya kefahaman dan kepantasan pelajar terhadap mata pelajaran bahasa inggeris dan seterusnya menambah ilmu berkaitan Teknologi Informasi dan Perhubungan (ICT).

Antara kebaikan/ kelebihan daripada kelas ini:
1.         Melatih para pelajar supaya bersikap lebih fokus dalam menyiapkan sesatu perkara supaya mendapat hasil yang bagus dan tepat.
2.         Menguji minda para pelajar supaya berfikiran pantas dan tangkas.
3.         Menambah pengetahuan pelajar mengenai bahasa Inggeris.
4.         Menanam sikap bersaing dalam diri pelajar.

Kami kakitangan PI Kg Karangan amat mengalu-alukan kehadiran para pelajar yang berminat untuk menyertai kelas secara percuma menggunakan kemudahan komputer dan internet yang disediakan di PI Kg Karangan. #ManfaatkanTeknologiDiHujungJari

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas

© 2014 - 2019 Semua Hakcipta Terpelihara.