Kursus Asas Komputer (Siri 1, 2019) – Email & Prezi
12 Januari 2019 | Aktiviti TerkiniPada 11 Januari 2019, telah diadakan kursus asas komputer bagi lepasan STPM seramai 3 orang peserta bertempat di Bilik Latihan Pusat Internet Kg Karangan. Kursus ini diadakan selama 2 jam yang bertujuan memberi pendedahan awal berkaitan kepentingan kemahiran menggunakan perisian dalam komputer untuk dipraktikkan atau digunakan dimasa akan datang selain untuk memberi pendedahan dan pengetahuan tentang program Klik Dengan Bijak (KDB) kepada peserta.
Kursus ini merupakan kesinambungan dari kursus yang telah diadakan bertarikh 4-6 Januari 2019. Objektif pada kali ini adalah untuk memberi tunjuk ajar kepada peserta melayari internet serta cara asas bagi membuat akaun email dan aplikasi Prezi. Gmail adalah surat elektronik (emel) milik Google dan juga mengaplikasi teknologi pencarian Google yang memudahkan penggunanya mencari sesuatu dari email mereka. Prezi adalah perisian (perisian) hari ini yang fungsi utamanya hampir sama dengan MS Powerpoint, iaitu untuk persembahan berasaskan internet. Sebagai tambahan kepada persembahan, Prezi juga boleh digunakan sebagai alat untuk meneroka dan berkongsi idea tentang kanvas maya.
Bagi memberi kefahaman kepada peserta, pengajar memberi taklimat kepentingan dan kelebihan menggunakan email dan aplikasi Prezi bagi kegunaan semua golongan termasuk pelajar malahan pekerja. Peserta juga diberi tugasan untuk menghasilkan sebuah persembahan menggunakan aplikasi Prezi mengikut kreativiti masing-masing dengan tunjuk ajar dari pengajar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: