Mini Resume Kreatif
12 Disember2019 | Aktiviti TerkiniBertempat di Bilik Latihan Pusat Internet (PI) Kampung Karangan, telah diadakan kelas belajar membuat biodata diri atau mini resume mengikut kreativiti sendiri menggunakan Microsoft (MS) Word bersama pelajar sekolah rendah. Tujuan kelas ini adalah untuk memberi pendedahan awal supaya mereka tahu akan kegunaan dan kelebihan membuat maklumat pengenalan diri yang lebih dikenali sebagai biodata diri dalam kalangan murid sekolah rendah dan melatih peserta supaya lebih mahir menggunakan MS Word.
Mini resume yang ringkas dan padat mampu membuat orang lain tertarik untuk membaca dan mengetahui tentang diri kita. Peserta diberi masa untuk menyiapkan mini resume tersebut dengan bantuan dari pengajar. Daripada aktiviti ini, peserta dapat melazimi penggunaan huruf dan nombor termasuk simbol-simbol di papan kekunci bagi mencapai ketangkasan menaip dengan pantas selain mendapat ilmu baru berkaitan kelebihan MS Word dan juga kegunaan resume.
Kakitangan PI Kg Karangan amat mengalu-alukan kehadiran para pelajar yang berminat untuk menyertai kelas secara percuma menggunakan kemudahan komputer dan internet yang disediakan di PI Kg Karangan. #ManfaatkanTeknologiDiHujungJari
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: