eKelas Live Tutorial (Sesi Orientasi 2019)
18 Januari 2019 | Aktiviti TerkiniPada 17 Januari 2019, telah diadakan sesi khas Live Tutorial eKelas portal bersama-sama pelajar Tahun 6, Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 bertempat di Bilik Latihan Pusat Internet (PI) Kampung Karangan dengan kerjasama antara PI Kg Karangan dengan Maxis Sdn Bhd. Live Tutorial Khas ini dianjurkan bersempena dengan minggu pertama berlangsungnya eKelas Live Tutorial dan merupakan sesi orientasi bersama pelajar-pelajar eKelas dari seluruh Pusat Internet yang menyertai eKelas Portal dan eKelas Live Tutorial. Sesi orientasi ini telah disertai oleh 9 orang pelajar dari PI Kg Karangan.
Program eKelas tersebut bertujuan meningkatkan pencapaian akademik untuk komuniti luar bandar dengan memfokuskan matapelajaran Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris untuk pelajar tingkatan 1, 2 dan 3 manakala subjek Sejarah, Sains, Fizik dan Bahasa Inggeris. eKelas ini menggabungkan pembelajaran melalui tutorial secara langsung, pembelajaran secara berkumpulan dan bahan kandungan digital interaktif yang selari dengan Kurikulum sekolah Malaysia. Oleh yang demikian, pihak pengurusan PI Kg Karangan berharap lebih ramai pelajar yang berminat dan akan berdaftar eKelas portal secara percuma melalui kami di PI Kg Karangan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: