dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Kg Karangan, Kelantan
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Kuiz ICT Merdeka

24 Ogos 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 23 Ogos 2019, bertempat di Pusat Internet (PI) Kampung Karangan, telah diadakan aktiviti bersempena sambutan Hari Kemerdekaan Negara Malaysia yang ke 62 tahun pada 31 Ogos akan datang. Kelas ini diadakan selama 2 jam dan disertai oleh pelajar sekolah rendah dan menengah. Matlamat aktiviti yang dijalankan adalah untuk menanam semangat patriotisme dan sikap cinta akan tanah air Malaysia dalam diri setiap pelajar selain untuk meningkatkan kesedaran tentang sejarah kemerdekaan negara. Kelas ini adalah melalui permainan atas talian ‘Kahoot Game’ berkaitan tentang sejarah kemerdekaan Malaysia.

Permainan Kahoot adalah sangat interaktif dan mempunyai sistem ranking. Pelajar dapat peluang menguruskan sendiri jawapan mereka di komputer masing-masing. Di permulaan, pengajar memaparkan aplikasi Kahoot pada skrin utama dan pelajar membuka aplikasi Kahoot pada komputer masing-masing. Pelajar memasukkan Game Pin dan nama pengguna dan kemudian mereka menjawab soalan Kahoot sehingga tamat soalan. Di akhir permainan, pelajar yang mendapat markah tertinggi diberikan cenderamata sebagai tanda penghargaan.

Tahun 2019 telah masuk 62 tahun Malaysia merdeka. Untuk tahun ini, tema Hari Kebangsaan adalah Sayangi Malaysiaku : Malaysia Bersih. Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Negara.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas

© 2014 - 2019 Semua Hakcipta Terpelihara.