dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Kg Karangan, Kelantan
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Bengkel Pembangunan Kapasiti Advokasi Kluster Kuala Krai 2019

11 Januari 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 9 & 10 Januari 2019, Pusat Internet (PI) Kg. Karangan telah menyertai dan menjayakan Bengkel Pembangunan Kapasiti Advokasi bagi Pengurus dan Penolong Pengurus Pusat Internet Kluster Kuala Krai bertempat PI Kg Pahi, Kuala Krai, Kelantan. Bengkel ini bermula jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang dan telah dihadiri seramai 14 orang peserta yang terdiri daripada pengurus dan penolong pengurus.

Antara kandungan/ topik yang disampaikan adalah:

  • Menjadi Mata-Mata Gelap di Internet
  • Mengenal Pasti Muslihat & Penipuan di Internet
  • Mengurus Jejak Digital Anda
  • Taklimat KDB 'MYCYBERGENius'

Daripada kursus yang diadakan ini, para peserta memperoleh banyak ilmu baru yang sangat berguna untuk dipraktikkan dan disebarkan melalui skop kerja kakitangan pusat internet yang banyak menggunakan perisian IT & ICT.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas

© 2014 - 2019 Semua Hakcipta Terpelihara.