dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Kg Karangan, Kelantan
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Kursus Asas Komputer (Siri 3, 2019) - Microsoft Word

17 Mei 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 16 Mei 2019, telah diadakan kursus asas komputer bersama 8 orang peserta lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bertempat di Pusat Internet Kg Karangan. Kursus ini diadakan selama 2 jam untuk sesi pertama yang bertujuan memberi pendedahan awal berkaitan kepentingan kemahiran menggunakan perisian dalam komputer untuk dipraktikkan atau digunakan dimasa akan datang selain untuk memberi pendedahan dan pengetahuan tentang program Klik Dengan Bijak (KDB) kepada peserta.

Kursus ini memberi pengalaman baru kepada peserta untuk mengenali dan menggunakan sendiri komputer dengan tunjuk ajar dari pengajar. Peserta diajar menggunakan perisian microsoft (ms) word dan dilatih supaya menaip dengan cepat dan mampu meminimakan kesalahan ejaan dan juga diberi pendedahan tentang simbol-simbol dan ikon yang terdapat di dalam ms word tersebut. Untuk menambah kemahiran mereka, satu tugasan diberikan untuk membuat jadual dan carta organisasi menggunakan ms word.

Daripada aktiviti tersebut, peserta dapat melazimi penggunaan huruf di papan kekunci bagi mencapai ketangkasan menaip dengan pantas dan cepat selain mendapat ilmu baru berkaitan ms word terutamanya. Diharapkan peserta mendapat manfaat dari kelas pembelajaran ini seterusnya dapat digunakan pada masa hadapan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas

© 2014 - 2019 Semua Hakcipta Terpelihara.