dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Kg Karangan, Kelantan
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Teka Teki Cari Perkataan

25 Disember 2019 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet (PI) Kampung Karangan telah mengadakan kelas pembelajaran melalui permainan atas talian iaitu ‘Word Search Puzzle’ atau teka-teki cari perkataan bersama-sama pelajar sekolah rendah. Objektif kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan pengetahuan kepada pelajar tentang kelebihan teknologi maklumat dari segi hiburan dan permainan atas talian yang tiada had sempadan selain turut diberi kesedaran Klik Dengan Bijak (KDB) melalui saluran Youtube.

Carian perkataan, cari kata atau teka-teki perkataan misteri adalah permainan kata yang terdiri dari huruf-huruf kata yang diletakkan dalam grid, yang biasanya mempunyai bentuk segi empat atau persegi. Objektif teka-teki ini adalah untuk mencari dan menandakan semua perkataan yang tersembunyi di dalam kotak. Kakitangan PI Kg Karangan amat mengalu-alukan kehadiran para pelajar atau penduduk setempat yang berminat untuk menyertai kelas secara percuma menggunakan kemudahan komputer dan internet di PI Kg Karangan.

#ManfaatkanTeknologiDiHujungJari

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas

© 2014 - 2019 Semua Hakcipta Terpelihara.