dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Kg Karangan, Kelantan
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Kelas Menaip & Kahoot ICT

13 Julai 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 12 Julai 2019, bertempat di Bilik Latihan Pusat Internet (PI) Kampung Karangan, telah diadakan kelas latihan menaip yang diberi nama Latihan Jari Cepat atau Typing Test bersama-sama pelajar sekolah rendah dan menengah. Kelas ini bertujuan untuk membantu para pelajar supaya berkemahiran menaip dengan laju, pantas dan cekap sekaligus mengurangkan kesalahan ejaan dan sebagainya. Melalui kelas ini juga sedikit sebanyak dapat memupuk sikap fokus dalam diri mereka kerana turut diadakan pertandingan menaip paling laju dengan meminimakan kesalahan yang biasa berlaku semasa menaip menggunakan papan kekunci.

Di permulaan, pelajar diberi masa selama sejam untuk berlatih menaip dengan cepat dan meminimakan kesalahan melalui laman web TypingTest.com. Seterusnya, mereka dinilai untuk mendapatkan markah paling tinggi dengan kesalahan paling rendah dan dikira sebagai pemenang. Kelas ini secara tidak langsung memberi keseronokan kepada mereka kerana ianya dianggap baru bagi mereka yang baru belajar untuk mengenali kemudahan IT dan ICT. Disamping kelas menaip ini juga, turut diadakan permainan atas talian Kahoot Games berkenaan ICT.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas

© 2014 - 2019 Semua Hakcipta Terpelihara.