Permainan Sudoku Atas Talian
15 November 2019 | Aktiviti TerkiniPusat Internet (PI) Kampung Karangan telah mengadakan kelas pembelajaran melalui permainan atas talian iaitu permainan sudoku. Pada dasarnya kelas yang diadakan adalah bertujuan untuk memberi lebih pendedahan dan pengetahuan kepada peserta berkaitan kecanggihan teknologi maklumat pada masa kini. Sudoku dalam talian adalah lebih menarik terutama kepada para peserta yang terdiri daripada golongan pelajar & peserta boleh memilih versi mudah atau paling kompleks.
Sudoku boleh di mainkan oleh semua peringkat umur dengan menyusun nombor dalam sel-sel sehingga tiada nombor yang akan berulang, tetapi mewujudkan jumlah yang sama dalam setiap baris. Kakitangan PI Kg Karangan amat mengalu-alukan kehadiran para pelajar atau penduduk setempat yang berminat untuk menyertai kelas secara percuma menggunakan kemudahan komputer dan internet di PI Kg Karangan. #ManfaatkanTeknologiDiHujungJari
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: