dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Kg Karangan, Kelantan
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

ICT & Hari Sukan Negara

17 November 2019 | Aktiviti Terkini

Bertempat di Bilik Latihan Pusat Internet Kg Karangan, telah diadakan kelas pembelajaran bersama pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah bagi sesi aktiviti ICT (Hari Sukan Negara). Tujuan kelas ini diadakan adalah sempena meraikan sambutan Hari Sukan Malaysia yang disambut peringkat negeri Kelantan disamping meningkatkan pengetahuan sukan dalam kalangan pelajar. Antara objektif lain adalah untuk memupuk semangat sukan dalam diri pelajar serta ingin membudayakan sukan dalam kalangan masyarakat secara amnya. Para pelajar turut didedahkan dengan kemahiran ICT dan juga kesedaran KDB sepanjang kelas berlangsung.

Beberapa aktiviti atau pertandingan telah diadakan iaitu pertandingan menaip pantas berkenaan nama-nama sukan termasuk sukan tradisinal, pertandingan puzzle atas talian dan pertandingan ‘Quizizz’. Markah telah direkod untuk setiap pertandingan dan pemenang pertama menerima hadiah sehelai T-Shirt Hari Sukan Negara. Diharapkan tujuan utama daripada aktiviti yang dijalankan ini dapat disampaikan kepada para pelajar serta terus diadakan pada masa akan datang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas

© 2014 - 2019 Semua Hakcipta Terpelihara.