dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Kg Karangan, Kelantan
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Taklimat & Pendaftaran eKelas Kepada Pelajar Tingkatan 3 SMK Mengkebang

28 Februari 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 27 Febuari 2019, Pusat Internet (PI) Kg. Karangan telah mengadakan taklimat berkaitan eKelas Portal serta pendaftaran baru bagi semua pelajar Tingkatan 3, Sekolah Menengah Kebangsaan Mengkebang (SMKM). Taklimat ini diadakan bermula pukul 7.30 pagi sehingga 9.30 pagi bertempat di makmal komputer sekolah berkenaan. Taklimat ini diadakan sebagai salah satu langkah untuk mendedahkan serta mempromosikan kelebihan eKelas kepada para pelajar yang mengambil subjek-subjek teras yang terkandung di dalam Portal eKelas tersebut.

Para pelajar didedahkan dengan cara baru pembelajaran secara digital iaitu melalui Portal eKelas dan mereka sangat dialu-alukankan untuk menggunakan portal ini bagi tujuan pembelajaran interaktif yang menarik dan praktikal. Kakitangan PI Kg Karangan amat mengalu-alukan kehadiran para pelajar yang berkenaan dan berminat untuk menyertai Sesi Live Tutorial dan juga Sesi eCikgu secara percuma untuk sama-sama menimba ilmu yang sangat berguna bagi para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan. Kedua dua sesi pembelajaran ini diadakan pada setiap hari Jumaat dan Sabtu mengikut jadual yang telah ditetapkan. #ManfaatkanTeknologiDiHujungJari

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas

© 2014 - 2019 Semua Hakcipta Terpelihara.