dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Kg Karangan, Kelantan
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Majlis Sambutan Hari Raya Kluster Kuala Krai

8 Julai 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 7 Julai 2019, telah diadakan Majlis Sambutan Hari Raya Bersama Kluster Kuala Krai yang bertempat di Pusat Internet (PI) Dabong. Majlis ini turut diraikan bersama-sama kakitangan dari PI Kluster yang terdiri daripada 7 buah PI iaitu Chuchuh Puteri, Manek Urai, Pahi, Mengkebang, Kuala Gris dan Dabong selaku tuan rumah. Di samping aktiviti menjamu selera dengan makanan yang dihidangkan, semua kakitangan yang terlibat turut membincangkan cadangan atau pendapat masing-masing berkenaaan program dan aktiviti yang bakal dijalankan bagi penyebaran maklumat Klik Dengan Bijak (KDB) di sekolah-sekolah berhampiran.

Majlis ini juga bertujuan untuk memberi peluang kepada kakitangan PI untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim bersama-sama disamping menjamu selera dengan makanan yang dihidangkan seperti nasi arab, ketupat, lemang, nasi impit, bihun sup, aneka kuih muih dan juga pencuci mulut. Diharapkan majlis seperti ini dapat dijalankan dengan lebih jaya di masa hadapan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas

© 2014 - 2019 Semua Hakcipta Terpelihara.