dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Kg Karangan, Kelantan
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Kuiz Hari Malaysia (Siri 1, 2019)

14 September 2019 | Aktiviti Terkini

Bertempat di Bilik Latihan Pusat Internet Kg Karangan, telah diadakan kelas pembelajaran bersama pelajar-pelajar sekolah menengah bagi sesi Kuiz Hari Malaysia Siri 1, 2019. Tujuan kelas ini diadakan adalah sempena meraikan sambutan Hari Malaysia yang disambut setiap tahun pada tarikh 16 September untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penggabungan bersama Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia.

Matlamat aktiviti yang dijalankan adalah untuk menanam semangat patriotisme dan sikap cinta akan tanah air Malaysia dalam diri setiap pelajar selain untuk meningkatkan kesedaran tentang sejarah pembentukan persekutuan baru ini. Antara aktiviti yang telah diadakan adalah pertandingan permainan atas talian ‘Quizizz’, pencarian perkataan dan menaip pantas serta pertandingan cantuman gambar Perdana Menteri Malaysia terkini iaitu Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. Markah untuk setiap pertandingan direkod dan setiap pemenang mendapat hadiah daripada staf Pusat Internet berbentuk baju T-shirt Malaysia, buku dan alat tulis.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas

© 2014 - 2019 Semua Hakcipta Terpelihara.