dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Kg Karangan, Kelantan
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Kursus Asas Komputer (Siri 2, 2019) - Video Persembahan Animasi Menggunakan Aplikasi Powtoon

11 Februari 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 10 Februari 2019, telah diadakan kursus asas komputer bagi seorang lepasan SPM dan seorang penganggur bertempat di Bilik Latihan Pusat Internet Kg Karangan. Kursus ini diadakan selama 2 jam yang bertujuan memberi pendedahan awal berkaitan kepentingan kemahiran menggunakan perisian dalam komputer untuk dipraktikkan atau digunakan dimasa akan datang selain untuk memberi pendedahan dan pengetahuan tentang program Klik Dengan Bijak (KDB) kepada peserta.

Kursus ini merupakan kesinambungan dari kursus yang telah diadakan bertarikh 8 & 9 Febuari 2019. Objektif pada kali ini adalah untuk memberi tunjuk ajar kepada peserta mencipta video persembahan animasi menggunakan aplikasi Powtoon. PowToon merupakan perisian animasi berasaskan web yang membenarkan pengguna mencipta video persembahan animasi dengan memanipulasi objek yang telah dibuat terlebih dahulu, imej yang dimuatnaik, muzik yang disediakan dan penggunaan suara pengguna.

Bagi memberi kefahaman kepada peserta, pengajar memberi penerangan tentang kepentingan dan kelebihan menggunakan Powtoon dalam menghasilkan sesebuah video bagi kegunaan semua golongan termasuk pelajar malahan pekerja. Peserta juga diberi tugasan untuk menghasilkan sebuah video persembahan animasi menggunakan Powtoon mengikut kreativiti masing-masing dengan tunjuk ajar dari pengajar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas

© 2014 - 2019 Semua Hakcipta Terpelihara.