Kursus Asas Komputer (Siri 4, 2019) - Microsoft Word
21 September 2019 | Aktiviti TerkiniPada 20 September 2019, telah diadakan kursus asas komputer bersama 3 orang peserta sekolah menengah bertempat di Pusat Internet Kg Karangan. Kursus ini diadakan selama 2 jam untuk sesi pertama yang bertujuan memberi pendedahan awal berkaitan kepentingan kemahiran menggunakan perisian dalam komputer untuk dipraktikkan atau digunakan dimasa akan datang selain untuk memberi pendedahan dan pengetahuan tentang program Klik Dengan Bijak (KDB) kepada peserta.
Kursus ini memberi pengalaman baru kepada peserta untuk mengenali dan menggunakan sendiri komputer dengan tunjuk ajar dari pengajar. Peserta diajar menggunakan perisian microsoft (ms) word dan dilatih supaya menaip dengan cepat dan mampu meminimakan kesalahan ejaan dan juga diberi pendedahan tentang simbol-simbol dan ikon yang terdapat di dalam ms word tersebut.
Daripada aktiviti tersebut, peserta dapat melazimi penggunaan huruf di papan kekunci bagi mencapai ketangkasan menaip dengan pantas dan cepat selain mendapat ilmu baru berkaitan ms word terutamanya. Diharapkan peserta mendapat manfaat dari kelas pembelajaran ini seterusnya dapat digunakan pada masa hadapan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: