Kursus Asas Komputer (Siri 1, 2019) - Microsoft Word
5 Januari 2019 | Aktiviti TerkiniPada 4 Januari 2019, telah diadakan kursus asas komputer bagi lepasan STPM seramai 3 orang peserta bertempat di Bilik Latihan Pusat Internet Kg Karangan. Kursus ini diadakan selama 2 jam yang bertujuan memberi pendedahan awal berkaitan kepentingan kemahiran menggunakan perisian dalam komputer untuk dipraktikkan atau digunakan dimasa akan datang selain untuk memberi pendedahan dan pengetahuan tentang program Klik Dengan Bijak (KDB) kepada peserta.
Kursus ini memberi pengalaman baru kepada peserta untuk mengenali dan menggunakan sendiri komputer dengan tunjuk ajar dari pengajar. Peserta diajar menggunakan perisian komputer seperti microsoft (ms) word dan dilatih supaya menaip dengan cepat dan mampu meminimakan kesalahan ejaan dan juga diberi pendedahan tentang simbol-simbol dan ikon yang terdapat di dalam ms word tersebut. Untuk menambah kemahiran mereka, satu tugasan diberikan untuk membuat jadual dan carta organisasi menggunakan ms word.
Daripada aktiviti tersebut, peserta dapat melazimi penggunaan huruf di papan kekunci bagi mencapai ketangkasan menaip dengan pantas dan cepat selain mendapat ilmu baru berkaitan ms word terutamanya. Diharapkan peserta mendapat manfaat dari kelas pembelajaran ini seterusnya dapat digunakan pada masa hadapan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: