Kursus Asas Komputer (Siri 2, 2019) - Microsoft Word
10 Februari 2019 | Aktiviti TerkiniPada 9 Februari 2019, telah diadakan kursus asas komputer bagi seorang lepasan SPM dan seorang penganggur bertempat di Bilik Latihan Pusat Internet Kg Karangan. Kursus ini diadakan selama 2 jam yang bertujuan memberi pendedahan awal berkaitan kepentingan kemahiran menggunakan perisian dalam komputer untuk dipraktikkan atau digunakan dimasa akan datang selain untuk memberi pendedahan dan pengetahuan tentang program Klik Dengan Bijak (KDB) kepada peserta. Kursus ini merupakan kesinambungan dari kursus yang telah diadakan bertarikh 8 Febuari 2019.
Peserta diajar menggunakan perisian dalam komputer iaitu microsoft (ms) powerpoint. Mereka dilatih supaya mahir menggunakan ms office tersebut serta mampu menghasilkan kerja yang bagus dengan meminimakan kesalahan ejaan, penggunaan simbol-simbol dan ikon yang terdapat di dalam ms publisher tersebut. Untuk menambah kemahiran mereka, satu tugasan diberikan untuk membuat ‘slide’ berkaitan pengenalan diri dan carta organisasi menggunakan ms powerpoint. Diharapkan peserta mendapat manfaat dari kelas pembelajaran ini seterusnya dapat digunakan pada masa hadapan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: