dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Kg Karangan, Kelantan
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Kursus Asas Komputer (Siri 1, 2019) – Microsoft Excel

7 Januari 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 6 Januari 2019, telah diadakan kursus asas komputer bagi lepasan STPM seramai 3 orang peserta bertempat di Bilik Latihan Pusat Internet Kg Karangan. Kursus ini diadakan selama 2 jam yang bertujuan memberi pendedahan awal berkaitan kepentingan kemahiran menggunakan perisian dalam komputer untuk dipraktikkan atau digunakan dimasa akan datang selain untuk memberi pendedahan dan pengetahuan tentang program Klik Dengan Bijak (KDB) kepada peserta. Kursus ini merupakan kesinambungan dari kursus yang telah diadakan bertarikh 4 dan 5 Januari 2019.

Peserta diajar menggunakan perisian di dalam komputer iaitu microsoft (ms) excel. Mereka dilatih supaya mahir menggunakan ms office tersebut serta mampu menghasilkan hasil kerja yang bagus dengan meminimakan kesalahan termasuk penggunaan simbol-simbol dan ikon yang terdapat di dalam ms excel tersebut. Untuk menambah kemahiran mereka, satu tugasan diberikan untuk membuat jadual berkaitan hasil jualan termasuk pengiraan menggunakan ms excel. Diharapkan peserta mendapat manfaat dari kelas pembelajaran ini seterusnya dapat digunakan pada masa hadapan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas

© 2014 - 2019 Semua Hakcipta Terpelihara.