dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Kg Karangan, Kelantan
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Klik Dengan Bijak (KDB) di Karnival Sayangi Lata Rek

27 November 2019 | Aktiviti Terkini

Staf Pusat Internet (PI) Kampung Karangan telah menyertai Karnival Sayangi Lata Rek (Jom Ke Masjid) bertempat di Perkarangan Masjid Ar-Rahman Mukim Lata Rek, Kuala Krai, Kelantan bagi mengadakan Program Klik Dengan Bijak (KDB) yang disertai oleh semua peringkat umur penduduk kampung tersebut. Program KDB ini mendapat kerjasama daripada PI Manek Urai dan PI Chuchuh Puteri (PI Kluster Kuala Krai).

Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada para pengunjung yang hadir berkaitan maklumat KDB sebagai panduan penggunaan internet secara positif dan selamat. Antara perkara yang ditekankan dalam KDB adalah seperti memupuk etika dan tatacara murni ketika menggunakan internet, mengelak daripada terjebak dengan penipuan, mencegah buli siber, memfitnah dan sebagainya selain memberi kesedaran tentang etika, tanggungjawab dan penggunaan internet yang positif berlandaskan nilai-nilai Islam.

Selain itu, para pengunjung turut didedahkan dengan maklumat #MyFreview (My TV) melalui edaran risalah serta info ringkas yang disampaikan oleh staf PI. Sepanjang program berjalan, pihak PI turut mengadakan soal jawab dan kuiz berkaitan dengan Program KDB yang turut disediakan hadiah serta cenderamata.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas

© 2014 - 2019 Semua Hakcipta Terpelihara.