Permainan Pembelajaran Kahoot - Digital Literasi KDB
7 Julai 2019 | Aktiviti TerkiniPada 6 Julai 2019, Pusat Internet (PI) Kampung Karangan telah mengadakan kelas Pembelajaran Digital Literasi KDB melalui permainan atas talian Kahoot Games. Pada dasarnya kelas atau aktiviti KDB yang diadakan adalah bertujuan untuk memberi lebih pendedahan dan pengetahuan kepada pelajar dan penduduk berkaitan KDB sebagai panduan penggunaan internet secara positif dan selamat.
Kahoot adalah platform pembelajaran berasaskan permainan, digunakan sebagai teknologi pendidikan yg sangat kreatif dan menarik. ‘Kahoot game’ diadakan untuk menarik minat belia yang kurang berminat dengan aktiviti berasakan kelas latihan. Dengan menggunakan ‘kahoot games’, mereka lebih teruja untuk belajar dan seterusnya juga mampu menarik ramai belia mengikuti kelas-kelas yang PI anjurkan. Sesungguhnya belajar sambil bermain itu lebih menyeronokkan!
Kakitangan PI Kg Karangan amat mengalu-alukan kehadiran para pelajar yang berkenaan dan berminta untuk menyertai kelas secara percuma menggunakan kemudahan komputer dan internet di PI Kg Karangan. #ManfaatkanTeknologiDiHujungJari
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: