dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Kg Karangan, Kelantan
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Program Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB) di SMK Pahi

11 April 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 10 April 2019, Pusat Internet (PI) Kg. Karangan telah mengadakan Program Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB) bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Pahi yang disertai oleh pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 4. Program ini telah diadakan bermula pukul 8.00 pagi sehingga 10.00 pagi dengan kerjasama dari pihak sekolah dan juga PI Kluster Kuala Krai yang terdiri daripada PI Manek Urai, PI Chuchuh Puteri, PI Pahi, PI Mengekebang dan PI Kuala Gris.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar berkaitan KDB sebagai panduan penggunaan internet secara positif dan selamat. Antara perkara yang ditekankan dalam KDB adalah seperti memupuk etika dan tatacara murni ketika menggunakan internet, mengelak daripada terjebak dengan penipuan, mencegah buli siber, memfitnah dan sebagainya selain memberi kesedaran tentang etika, tanggungjawab dan penggunaan internet yang positif berlandaskan nilai-nilai Islam.

Sepanjang program berjalan, pihak PI turut mengadakan soal jawab dan kuiz berkaitan dengan Program KDB yang turut disediakan hadiah serta cenderamata kepada pelajar dan juga guru-guru yang turut serta.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas

© 2014 - 2019 Semua Hakcipta Terpelihara.