dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Kg Karangan, Kelantan
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Kuiz ICT – Hari Sukan Negara

17 Oktober 2019 | Aktiviti Terkini

Bertempat di Bilik Latihan Pusat Internet Kg Karangan, telah diadakan kelas pembelajaran bersama pelajar-pelajar sekolah rendah bagi sesi Kuiz ICT (Hari Sukan Negara). Tujuan kelas ini diadakan adalah sempena meraikan sambutan Hari Sukan Malaysia yang disambut setiap tahun pada bulan Oktober disamping meningkatkan pengetahuan sukan dalam kalangan pelajar. Antara objektif lain adalah untuk memupuk semangat sukan dalam diri pelajar serta ingin membudayakan sukan dalam kalangan masyarakat secara amnya. Para pelajar turut didedahkan dengan kemahiran ICT dan juga kesedaran KDB sepanjang kelas berlangsung.

Beberapa aktiviti atau pertandingan telah diadakan iaitu pertandingan menaip pantas berkenaan Hari Sukan Negara, Pertandingan Membuat Poster dan Pertandingan ‘Kahoot Games’ secara atas talian. Markah telah direkodkan untuk setiap pertandingan dan pemenang pertama menerima hadiah sehelai T-Shirt Hari Sukan Negara diikuti tempat kedua dan ketiga menerima hadiah berupa alat tulis. Diharapkan tujuan utama daripada aktiviti yang dijalankan ini dapat disampaikan kepada para pelajar serta diteruskan pada masa akan datang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas

© 2014 - 2019 Semua Hakcipta Terpelihara.