dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Kg Karangan, Kelantan
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

eKelas - Sesi Live Tutorial (Matematik & Sains Tingkatan 2)

20 Oktober 2019 | Aktiviti Terkini

Para pelajar Tingkatan 2 SMK Laloh telah menyertai kelas pembelajaran yang berlangsung di Bilik Latihan (PI) Kg Karangan bagi subjek Sains dan Matematik selama 1 jam 20 minit. Kelas ini diadakan sebagai salah satu langkah untuk mendedahkan pelajar kepada cara-cara baru pembelajaran. Pemilihan guru sebagai tutor kepada pelajar-pelajar ini adalah terdiri daripada mereka yang berpengalaman dan mahir dalam subjek masing-masing.

Pada minggu ini, cikgu tutor mengadakan sesi ulangkaji bersama pelajar dengan menjawab contoh Peperiksaan Akhir Tahun Soalan Matematik dan Sains Tingkatan 2. Kaedah ini boleh membantu para pelajar untuk lebih meminati dan memahami subjek yang dipelajari. Kakitangan PI Kg Karangan amat mengalu-alukan kehadiran para pelajar yang berkenaan dan berminta untuk menyertai sesi eCikgu dan sesi Live Tutorial eKelas secara percuma untuk sama-sama menimba ilmu yang sangat berguna bagi para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan. #ManfaatkanTeknologiDiHujungJari

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas

© 2014 - 2019 Semua Hakcipta Terpelihara.