eKelas - Sesi Live Tutorial (Bahasa Inggeris Tahun 6)
2 Mac 2019 | Aktiviti TerkiniPada 1 Mac 2019, telah berlangsung sesi pembelajaran Live Tutorial bersama-sama pelajar dari Tahun 6, untuk subjek Bahasa Inggeris (English). Kelas ini diadakan sebagai salah satu langkah untuk mendedahkan pelajar kepada cara-cara baru pembelajaran. Pemilihan guru sebagai tutor kepada pelajar-pelajar ini adalah terdiri daripada mereka yang berpengalaman dan mahir dalam subjek masing-masing. Melalui sesi Live Tutorial para pelajar dapat berinteraksi bersama guru yang mengajar melalui fungsi live chat yang terpapar di skrin utama.
Oleh itu, pelajar boleh bertanyakan secara terus tentang matapelajaran atau subjek yang kurang difahami yang diajar oleh guru tutor. Di dalam kelas ini, pelajar belajar cara menghasilkan penulisan karangan atau cerita dalam bahasa inggeris mengikut cara-cara yang betul supaya dapat menghasilkan sebuah cerita yang menarik. Kaedah ini boleh membantu para pelajar untuk lebih meminati dan memahami subjek bahasa inggeris. Kakitangan PI Kg Karangan amat mengalu-alukan kehadiran para pelajar yang berkenaan dan berminat untuk menyertai sesi eCikgu dan sesi Live Tutorial eKelas secara percuma untuk sama-sama menimba ilmu yang sangat berguna bagi para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan. #ManfaatkanTeknologiDiHujungJari
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: