dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Kg Karangan, Kelantan
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

eKelas – Sesi eCikgu (Bahasa Inggeris Tingkatan 1 & 2)

6 Julai 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 5 Julai 2019, telah berlangsung sesi pembelajaran eCikgu bagi subjek bahasa Inggeris bersama pelajar Tingkatan 1 & 2. Kelas ini bermula pukul 3.40 petang sehingga 4.20 petang bertempat di bilik latihan Pusat Internet (PI) Kg. Karangan. Kelas ini diadakan sebagai salah satu langkah untuk mendedahkan pelajar kepada cara-cara baru pembelajaran dan pemilihan guru sebagai tutor kepada pelajar-pelajar ini adalah terdiri daripada mereka yang berpengalaman dan mahir dalam subjek masing-masing.

Melalui eCikgu para pelajar dapat berinteraksi bersama guru yang mengajar melalui fungsi live chat yang terpapar di skrin utama. Oleh itu, pelajar boleh bertanyakan secara terus tentang matapelajaran Bahasa Inggeris yang diajar oleh guru tutor. Kaedah ini boleh membantu para pelajar untuk lebih meminati dan memahami subjek yang dipelajari. Kakitangan PI Kg Karangan amat mengalu-alukan kehadiran para pelajar yang berkenaan dan berminta untuk menyertai sesi eCikgu dan sesi Live Tutorial eKelas secara percuma untuk sama-sama menimba ilmu yang sangat berguna bagi para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan. #ManfaatkanTeknologiDiHujungJari

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas

© 2014 - 2019 Semua Hakcipta Terpelihara.