Program Membuat Bubur Asyura Bersama Penduduk Kampung
21 September 2019 | Aktiviti TerkiniPada 20 September 2019, staf Pusat Internet (PI) Kg Karangan telah menyertai program membuat bubur asyura anjuran Pustaka Desa Manek Urai dan PI Manek Urai bersama-sama penduduk Kg Manek Urai bertempat di Laman Pusataka Desa Manek Urai. Program ini diadakan sempena bulan Muharram yang disambut pada setiap tahun dalam bulan Islam. Setiap negeri terutama negeri-negeri di semenanjung Malaysia, mempunyai bubur asyura yang berlainan rasa dan ramuan. Hal ini, menyebabkan pelbagai cara untuk membuat bubur asyura yang mana bagi Negeri Kelantan ianya lebih pekat dan berwarna kelabu kehitaman apabila telah masak sepenuhnya.
Program membuat bubur asyura ini dilakukan secara gotong-royong bersama penduduk kampung bagi mengeratkan perhubungan sesama jiran dan juga hubungan antara pengurusan PI dengan masyarakat setempat. Selain itu, proses pembuatan bubur asyura yang mengambil masa yang panjang untuk dimasak juga merupakan salah satu sebab kerana memerlukan tenaga yang ramai untuk bersama-sama mengacau bubur asyura ini sehingga betul-betul masak. Oleh itu, kesabaran yang tinggi dan kerjasama antara penduduk sangat penting dalam menjayakan program ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: