Bengkel Mudahnya Blog Niaga (Siri 2, 2019)
12 September 2019 | Aktiviti TerkiniBertempat di Bilik Latihan Pusat Internet Kg Karangan, Zealrich Academy PLT dengan kerjasama Pertubuhan Pembangunan Usahawan Manek Urai (PPUMU), Kawasan Rukun Tetangga Kg. Laloh, Kawasan Rukun Tetangga Lata Rek dan Pusat Internet Kg. Karangan telah mengadakan kelas keusahawanan bersama Encik Zakuan Mohamad iaitu tenaga pengajar yang mahir dalam membuat blog dan laman web khususnya e-commerce. Kelas ini merupakan kesinambungan daripada kelas yang telah diadakan pada 6 September yang lepas. Kelas keusahawanan ini lebih kepada bengkel mempelajari teknik mudah membina kedai online. Melalui program seumpama ini dapatlah para usahawan membina sendiri perniagaan atas talian mengikut kreativiti masing-masing.
Tujuan bengkel ini adalah secara umumnya untuk memberi pendedahan dalam bidang ICT kepada usahawan kawasan sekitar dan menggalakkan penggunaan ICT sebagai salah satu medan (platform) untuk berniaga secara besar-besaran tidak kira dalam negara atau luar negara. Selain itu, bengkel ini juga mampu memberikan peserta penjanaan pendapatan secara luar biasa dan setanding mereka yang telah berjaya di luar sana.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: