dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Kg Karangan, Kelantan
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK)

21 Oktober 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 20 Oktober 2019, Pusat Internet (PI) Kg Karangan telah menyertai PI Manek Urai bersama-sama 8 orang pelajar OKU bagi menjayakan sesi pembelajaran yang dikenali sebagai program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) dibawah anjuran Pustaka Desa Manek Urai. Dalam sesi kali ini, para peserta didedahkan dengan cara penyediaan makanan yang mudah untuk mereka fahami dan boleh dipraktikkan di rumah.

PDK adalah program yang diwujudkan oleh Jabatan Pembangunan Orang Kurang Upaya(JPOKU), Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM). Ianya merupakan satu strategi dalam pembangunan komuniti setempat bagi pemulihan, latihan, pendidikan, penyamaan peluang dan integrasi sosial orang kurang upaya (OKU). PDK dilaksanakan melalui usaha bersepadu OKU, keluarga, komuniti dan perkhidmatan kesihatan, pendidikan, vokasional dan sosial yang bersesuaian. Program ini dikendalikan di seluruh negara dengan penglibatan aktif komuniti sama ada di pusat PDK atau di rumah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas

© 2014 - 2019 Semua Hakcipta Terpelihara.