dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Kg Karangan, Kelantan
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Ihyaa Ramadhan Melalui Quizizz

3 Jun 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 2 Jun 2019, telah diadakan kelas sesi pembelajaran bagi menjawab kuiz bertajuk Ihyaa Ramadhan yang mengandungi 50 soalan melalui permainan atas talian ‘Quizizz’ bersama 5 orang peserta sekolah rendah.

Soalan-soalan yang dipaparkan di skrin utama adalah berkaitan dengan ibadah puasa di bulan Ramadhan termasuk niat puasa, syarat wajib dan sah puasa serta perkara asas tentang ibadah puasa di bulan Ramadhan. Secara tidak langsung, aktiviti ini dapat menambahkan ilmu pengetahuan berkenaan ibadah puasa kepada para peserta selain dapat menambah kemahiran peserta dalam menggunakan perisian dalam internet.

Quizizz boleh dimainkan oleh pelajar menggunakan mana-mana jenis peranti dengan pelayar, termasuk PC, komputer riba, tablet, dan telefon pintar. Soalan muncul di setiap skrin pelajar, jadi mereka boleh menjawab soalan dengan pantas, dan mengkaji semula jawapan mereka pada akhirnya. Daripada kelas pembelajaran ini, para pelajar akan lebih lebih terdedah kepada ilmu kemahiran ICT yang boleh digunakan dalam perkembangan pembelajaran mereka pada masa akan datang. Selain itu, kelas ini memberi kemahiran menggunakan perisian komputer serta melatih pelajar supaya berfikiran aktif dan kreatif untuk menjawab soalan yang diberikan dalam masa yang ditetapkan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas

© 2014 - 2019 Semua Hakcipta Terpelihara.