dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Kg Karangan, Kelantan
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Pertandingan Cipta Logo Menggunakan DesignEvo & Kuiz KDB

17 Mac 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 16 Mac 2019, telah diadakan Program Hari Terbuka PI Kg Karangan bagi tahun 2019 bertempat di Pusat Internet (PI) Kg Karangan. Salah satu aktiviti/ pertandingan yang diadakan adalah pertandingan mencipta logo terbaik menggunakan aplikasi DesignEvo secara atas talian bersama 10 orang peserta. DesignEvo adalah pembuat logo dalam talian percuma dengan 7000 lebih template yang boleh digunakan sesiapa sahaja untuk membawa logo yang menarik dan unik dalam beberapa minit.

Peserta ditunjukkan contoh logo yang telah siap dan diminta untuk mencipta logo baru berpandukan contoh yang diberi mengikut kreativiti masing–masing. Sebelum bermula, pengajar telah menunjukkan dan menerangkan cara membuat logo menggunakan DesignEvo serta kelebihan menggunakan DesignEvo tersebut. Peserta yang berjaya menghasilkan logo paling menarik dikira sebagai pemenang pertama. Di akhir pertandingan, pengajar turut mengadakan Kuiz Klik Dengan Bijak (KDB) melalui permainan atas talian ‘Kahoot’.

Antara kelebihan yang diperoleh daripada aktiviti/ pertandingan ini adalah:
1. Mencungkil dan mengasah bakat kreativiti dalam diri peserta.
3. Memupuk disiplin diri untuk menyiapkan tugasan dalam masa yang telah ditetapkan.
4. Menarik minat peserta untuk mengetahui lebih lanjut akan kelebihan penggunaan aplikasi DesignEvo secara lebih praktikal.
5. Melatih peserta supaya lebih berkemahiran menggunakan perisian dalam komputer.
7. Memberi lebih pendedahan dan kemahiran baru kepada peserta berkenaan IT dan ICT yang boleh digunakan dalam perkembangan pembelajaran peserta pada masa akan datang.

Diharapkan aktiviti ini mampu memberi manfaat kepada semua peserta yang mengambil bahagian dan dapat dijalankan dengan lebih jaya pada masa akan datang.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas

© 2014 - 2019 Semua Hakcipta Terpelihara.