dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Kg Karangan, Kelantan
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Pertandingan Anyaman Tudung Saji Berpandukan Youtube

17 Mac 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 16 Mac 2019, telah diadakan pertandingan anyaman tudung saji kreatif bagi memenuhi slot usahawan sempena Program Hari Terbuka Pusat Internet bersama komuniti bertempat di Pusat Internet (PI) Kampung Karangan. Pertandingan ini berlangsung selama 2 jam bermula pukul 2.00 petang sehingga 4.00 petang yang disertai oleh 20 orang peserta terdiri daripada belia dan suri rumah. Mereka dipecahkan kepada 10 kumpulan dan setiap kumpulan dibekalkan sebuah tudung saji kecil berserta riben pelbagai warna untuk digunakan menganyam saji mengikut kreativiti masing-masing.

Bagi pertandingan ini, para peserta diminta untuk merujuk kepada Youtube (www.youtube.com) untuk mempelajari cara-cara menganyam tudung saji dengan mudah dan menarik. Pengambilan markah dikira berdasarkan hasil anyaman yang paling kreatif dan unik serta yang palig cepat menyiapkan anyaman tersebut. Pertandingan ini bertujuan untuk memberi pendedahan berkaitan kemudahan internet yang disediakan di Pusat Internet selain pendedahan berkaitan dunia seni kreatif kepada komuniti serta turut diadakan tayangan video KDB (Klik Dengan Bijak) sebagai selingan.

Diharapkan aktiviti ini mampu memberi manfaat kepada semua peserta yang hadir dan dapat dijalankan dengan lebih jaya pada masa akan datang.



Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas

© 2014 - 2019 Semua Hakcipta Terpelihara.