Sesi Live Tutorial (Sains Tingkatan 3)
14 April 2019 | Aktiviti TerkiniPada 13 April 2019, telah berlangsung sesi pembelajaran Live Tutorial bersama-sama pelajar Tingkatan 3 bagi subjek Sains dan Matematik. Kelas ini berlangsung selama 40 minit dan belajar mengenai tajuk Respirasi yang disertai oleh 5 orang pelajar. Sesi pembelajaran ini merupakan sebagai salah satu langkah untuk mendedahkan pelajar kepada cara-cara baru pembelajaran. Pemilihan guru sebagai tutor kepada pelajar-pelajar ini adalah terdiri daripada mereka yang berpengalaman dan mahir dalam subjek masing-masing.
Melalui Live Tutorial para pelajar dapat berinteraksi bersama guru yang mengajar melalui fungsi live chat yang terpapar di skrin utama. Oleh itu, pelajar boleh bertanyakan secara terus tentang matapelajaran atau subjek yang kurang difahami yang diajar oleh guru tutor. Kaedah ini boleh membantu para pelajar untuk lebih meminati dan memahami subjek Sains & Matematik. Kakitangan PI Kg Karangan amat mengalu-alukan kehadiran para pelajar yang berkenaan dan berminat untuk menyertai sesi Live Tutorial eKelas secara percuma untuk sama-sama menimba ilmu yang sangat berguna bagi para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan. #ManfaatkanTeknologiDiHujungJari
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: