dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Kg Karangan, Kelantan
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Kursus Asas Komputer (Siri 2, 2019) - Resume

12 April 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 11 April 2019, telah diadakan kursus asas komputer bagi seorang lepasan SPM dan seorang penganggur bertempat di Bilik Latihan Pusat Internet Kg Karangan. Kursus ini diadakan selama 2 jam yang bertujuan memberi pendedahan awal berkaitan kepentingan kemahiran menggunakan perisian dalam komputer untuk dipraktikkan atau digunakan dimasa akan datang selain untuk memberi pendedahan dan pengetahuan tentang program Klik Dengan Bijak (KDB) kepada peserta.

Kursus ini merupakan kesinambungan dari kursus yang telah diadakan pada bulan Febuari 2019. Objektif pada kali ini adalah untuk memberi panduan kepada peserta bagi menghasilkan resume terbaik menggunakan aplikasi Canva iaitu secara atas talian. Pada permulaan, pengajar memberi penerangan tentang kelebihan aplikasi Canva dan cara-cara asas bagi memulakan penghasilan resume yang ringkas, padat dan menarik perhatian bakal majikan menggunakan Canva. Peserta diberi masa untuk menyiapkan resume tersebut dengan bantuan dari pengajar.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas

© 2014 - 2019 Semua Hakcipta Terpelihara.