Kursus Asas Komputer (Siri 2, 2019) - Microsoft Excel
11 April 2019 | Aktiviti TerkiniPada 10 April 2019, telah diadakan kursus asas komputer bagi seorang lepasan SPM dan seorang penganggur bertempat di Pusat Internet Kg Karangan. Kursus ini diadakan selama 2 jam yang bertujuan memberi pendedahan awal berkaitan kepentingan kemahiran menggunakan perisian dalam komputer untuk dipraktikkan atau digunakan dimasa akan datang selain untuk memberi pendedahan dan pengetahuan tentang program Klik Dengan Bijak (KDB) kepada peserta.
Kursus ini merupakan kesinambungan dari kursus yang telah diadakan pada bulan Febuari 2019. Peserta diajar menggunakan perisian di dalam komputer iaitu microsoft (ms) excel. Mereka dilatih supaya mahir menggunakan ms office tersebut serta mampu menghasilkan hasil kerja yang bagus dengan meminimakan kesalahan termasuk penggunaan simbol-simbol dan ikon yang terdapat di dalam ms excel tersebut. Untuk menambah kemahiran mereka, satu tugasan diberikan untuk membuat jadual berkaitan hasil jualan termasuk pengiraan menggunakan ms excel.
Diharapkan peserta mendapat manfaat dari kelas pembelajaran ini seterusnya dapat digunakan pada masa hadapan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: