Kelas Sunting Gambar Bertulis
25 November 2018 | Aktiviti TerkiniPada 24 November 2018, telah diadakan kelas sunting/ edit gambar bertulis menggunakan microsoft (MS) powerpoint selama 2 jam bertempat di Pusat Internet (PI) Kampung Karangan. Kelas ini disertai oleh 5 orang pelajar dan mereka diajar cara asas menggunakan MS powerpoint sebelum memulakan kelas tersebut. Seterusnya, peserta diberi penerangan tentang setiap ikon dan simbol untuk menyunting gambar yang dimasukkan dalam slide MS powerpoint. Peserta menyunting gambar tersebut mengikut kreativiti masing-masing berpandukan contoh yang terdapat di internet sebagai rujukan.
Kelas ini dapat memberi lebih pendedahan kepada peserta berkaitan MS powerpoint supaya mereka lebih mahir menggunakannya di masa akan datang. Diharapkan aktiviti dalam kelas ini mampu memberi manfaat kepada semua peserta yang hadir dan PI Kg Karangan amat mengalu-alukan kehadiran para pelajar yang berminta untuk menyertai kelas secara percuma menggunakan kemudahan komputer dan internet di PI Kg Karangan. #ManfaatkanTeknologiDiHujungJari
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: