Soal Jawab Sejarah Malaysia
3 November 2018 | Aktiviti TerkiniPada 2 November 2018, telah berlangsung kelas bersama pelajar-pelajar SMK Laloh seramai 8 orang selama 2 jam bermula 3.00 petang hingga 5.00 petang. Kelas pembelajaran ini adalah melalui permainan Kahoot dan ‘Quizizz’ yang telah diadakan di dalam Bilik Latihan PI Kg Karangan. Soalan sejarah yang dipaparkan adalah berkaitan sejarah negara yang meliputi sejarah Kesultanan Melayu dan kemerdekaan negara.
Kahoot adalah platform pembelajaran berasaskan permainan, digunakan sebagai teknologi pendidikan yg sangat kreatif dan menarik. ‘Kahoot game’ diadakan untuk menarik minat belia yang kurang berminat dengan aktiviti berasaskan kelas latihan. Dengan menggunakan ‘kahoot games’, mereka lebih teruja untuk belajar dan seterusnya juga mampu menarik ramai belia mengikuti kelas-kelas yang PI anjurkan.
Kami kakitangan PI Kg Karangan amat mengalu-alukan kehadiran para pelajar yang berkenaan dan berminta untuk menyertai kelas secara percuma menggunakan kemudahan komputer dan internet di PI Kg Karangan. #ManfaatkanTeknologiDiHujungJari
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: