dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Kg Karangan, Kelantan
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Kelas Pembelajaran Matematik

23 November 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 22 November 2018, telah diadakan kelas pembelajaran Matematik bertempat di Bilik Latihan Pusat Internet (PI) Kg Karangan selama 2 jam bermula pukul 3 petang hingga 5 petang. Kelas ini bertujuan untuk membantu para pelajar sekolah rendah di sekitar Kampung Karangan belajar matematik menggunakan kemudahan ICT di PI. Selain itu, kelas ini menjadikan pelajar lebih berminat untuk belajar matematik dan dapat melatih pelajar menjawab soalan matematik dengan cepat dan betul.

Antara kelebihan dari kelas yang diadakan ini adalah:

  • Pelajar dapat mengulangkaji subjek matematik dengan lebih praktikal.
  • Pelajar diajar supaya lebih fokus ketika belajar dan menanam sikap bersaing secara sihat.

Diharapkan aktiviti ini dapat membantu para pelajar untuk dipraktikkan di sekolah dan di masa hadapan. Kami kakitangan PI Kg Karangan amat mengalu-alukan kehadiran para pelajar yang berkenaan dan berminta untuk menyertai kelas yang kami adakan secara percuma menggunakan kemudahan komputer dan internet di PI Kg Karangan. #ManfaatkanTeknologiDiHujungJari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas

© 2014 - 2019 Semua Hakcipta Terpelihara.