Kelas Klik Dengan Bijak (KDB)
24 November 2018 | Aktiviti TerkiniPada 23 November 2018, Pusat Internet (PI) Kampung Karangan telah mengadakan kelas Klik Dengan Bijak atau lebih dikenali dengan nama singkatannya KDB berlangsung selama 2 jam. Pada dasarnya kelas atau aktiviti KDB yang diadakan adalah bertujuan untuk memberi lebih pendedahan dan pengetahuan kepada pelajar dan penduduk berkaitan KDB sebagai panduan penggunaan internet secara positif dan selamat.
Kelas pembelajaran ini adalah melalui permainan ‘Quizizz’ yang boleh dimainkan oleh pelajar menggunakan mana-mana jenis peranti dengan pelayar, termasuk PC, komputer riba, tablet, dan telefon pintar. Soalan muncul di setiap skrin pelajar, jadi mereka boleh menjawab soalan dengan pantas, dan mengkaji semula jawapan mereka pada akhirnya. Daripada kelas pembelajaran ini, para pelajar akan lebih lebih terdedah kepada ilmu kemahiran ICT yang boleh digunakan dalam perkembangan pembelajaran mereka pada masa akan datang. Selain itu, kelas ini memberi kemahiran menggunakan perisian komputer serta melatih pelajar supaya berfikiran aktif dan kreatif untuk menjawab soalan yang diberikan dalam masa yang ditetapkan.
Antara perkara yang ditekankan dalam KDB adalah seperti memupuk etika dan tatacara murni ketika menggunakan internet, mengelak daripada terjebak dengan penipuan, mencegah buli siber, memfitnah dan sebagainya selain memberi kesedaran tentang etika, tanggungjawab dan penggunaan internet yang positif berlandaskan nilai-nilai Islam.
Kami kakitangan PI Kg Karangan amat mengalu-alukan kehadiran para pelajar yang berkenaan dan berminta untuk menyertai kelas secara percuma menggunakan kemudahan komputer dan internet di PI Kg Karangan. #ManfaatkanTeknologiDiHujungJari
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: