dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Kg Karangan, Kelantan
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Sambutan Hari Merdeka & Hari Malaysia 2018 di SK Kg Karangan

14 September 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 13 September 2018, bertempat di Sekolah Kebangsaan Kampung Karangan, telah diadakan Sambutan Hari Merdeka & Hari Malaysia 2018. Program ini dimulakan dengan perarakan kemerdekaan oleh pelajar, guru-guru dan juga ibubapa yang turut hadir bagi sama-sama memeriahkan program tersebut. Matlamat aktiviti yang dijalankan adalah untuk menanam semangat patriotisme dan sikap cinta akan tanah air Malaysia dalam diri setiap pelajar selain untuk meningkatkan kesedaran tentang sejarah kemerdekaan negara.

Perasmian dan acara memotong kek kemerdekaan dibuat oleh Guru Besar SK Kg Karangan, En Rosli Bin Wahab. Program berakhir pada jam 1.00 tengahari dengan majlis penyampaian hadiah dan penutup. Antara aktiviti yang diadakan adalah:

  • Perarakan kemerdekaan
  • Nyanyian lagu patriotik
  • Pertandingan fesyen merdeka
  • Pertandingan nyanyian lagu patriotik
  • Pertandingan basikal merdeka

Diharapkan program seperti ini dapat diadakan lagi pada masa hadapan dengan lebih jaya. Selamat Menyambut Hari Merdeka

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas

© 2014 - 2019 Semua Hakcipta Terpelihara.