dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Kg Karangan, Kelantan
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Pendaftaran Ahli Baru eKelas Portal

02 Julai 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 1 Julai 2018, telah diadakan kelas pendaftaran ahli baru eKelas portal bagi pelajar tingkatan 3 SMK Laloh bertempat di bilik latihan Pusat Internet (PI) Kg Karangan. Kelas ini diadakan sebagai salah satu langkah untuk mendedahkan pelajar kepada cara-cara baru pembelajaran. Portal eKelas ini memberikan pelajar ruang untuk mereka belajar secara kendiri, pada tahap kebolehan mereka dan juga belajar untuk berkolaborasi dengan kawan-kawan dari seluruh Malaysia.

eKelas adalah mengenai kebolehan teknologi pengajaran, pembelajaran jarak jauh yang membuatkan pelajar berasa seronok, memberangsangkan dan memberikan idea tambahan, dilakukan melalui kandungan digital yang sangat interaktif, selaras dengan sukatan pelajaran sekolah di Malaysia. Program eKelas tersebut bertujuan meningkatkan pencapaian akademik untuk komuniti luar bandar dengan memfokuskan matapelajaran Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris untuk pelajar tingkatan 1, 2 dan 3.

eKelas ini menggabungkan pembelajaran melalui tutorial secara langsung, pembelajaran secara berkumpulan dan bahan kandungan digital interaktif yang selari dengan Kurikulum sekolah Malaysia. Oleh yang demikian, kami berharap lebih ramai pelajar yang berminat dan akan berdaftar eKelas portal secara percuma melalui kami di PI Kg Karangan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas

© 2014 - 2019 Semua Hakcipta Terpelihara.