dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Kg Karangan, Kelantan
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Pendaftaran Ahli Baru eKelas Portal PI Kg. Karangan

13 Ogos 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 12 Ogos 2018, telah diadakan sesi pendaftaran ahli/ pelajar baru eKelas Portal bagi Pusat Internet (PI) Kg Karangan yang terdiri daripada pelajar Tahun 6, SK Kg Karangan hingga pelajar Tingkatan 5 dari SMK Kg Laloh seramai 14 orang bertempat di Bilik Latihan Pusat Internet (PI) Kampung Karangan. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk menerangkan tentang kelebihan eKelas portal kepada mereka dan membantu supaya mereka sebagai pelajar sekolah berminat untuk belajar dan mengulangkaji matapelajaran menggunakan kemudahan ICT di PI.

Pogram eKelas pada dasarnya bertujuan untuk meningkatkan pencapaian akademik untuk komuniti luar bandar dengan memfokuskan matapelajaran Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris untuk pelajar Tingkatan 1, 2 dan 3. Manakala bagi Tingkatan 4 & 5 pula subjek yang difokuskan adalah Sejarah, Fizik, Sains & Bahasa Inggeris. Portal eKelas ini memberi pelajar ruang untuk mereka belajar secara kendiri, pada tahap kebolehan mereka dan juga belajar untuk berkolaborasi dengan kawan-kawan dari seluruh Malaysia. eKelas adalah mengenai kebolehan teknologi pengajaran, pembelajaran jarak jauh yang membuatkan pelajar berasa seronok, memberangsangkan dan memberikan idea tambahan, dilakukan melalui kandungan digital yang sangat interaktif, selaras dengan sukatan pelajaran sekolah di Malaysia.

Oleh yang demikian, pihak pengurusan PI Kg Karangan dan seluruh warga kerja eKelas Portal dibawah anjuran Maxis berharap lebih ramai pelajar yang berminat dan akan berdaftar eKelas portal secara percuma melalui kakitangan di PI Kg Karangan. Ingin diingatkan, pendaftran eKelas Portal adalah percuma bagi semua pelajar yang berkenaan dan boleh diakses pada bila-bila masa dan di mana jua. Manfaatkanlah teknologi dihujung jari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas

© 2014 - 2019 Semua Hakcipta Terpelihara.