Program Hari Terbuka dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri Pusat Internet Kg. Karangan
08 Julai 2018 | Aktiviti TerkiniPada 7 Julai 2018, telah diadakan Program Hari Terbuka dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri Pusat Internet bersama komuniti bagi tahun 2018 bertempat di Pusat Internet (PI) Kampung Karangan. Program ini diadakan sebagai salah satu langkah untuk mempromosikan Pusat Internet kepada masyarakat setempat dengan aktiviti yang melibatkan komuniti melalui pertandingan, demonstrasi dan sebaran maklumat Klik Dengan Bijak (KDB) yang dijalankan sepanjang program ini berlangsung selain bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama-sama dengan penduduk kampung.
Disamping itu, program ini juga bertujuan untuk memberi peluang kepada ahli PI untuk turut serta dalam setiap aktiviti yang diadakan serta memberi peluang kepada pengunjung yang hadir untuk mendaftar menjadi ahli PI secara percuma. Hampir 150 orang tetamu telah hadir memeriahkan program ini dan turut dihadiri Ketua JKKK Kg Karangan, Encik Mohamad Sulaimi Bin Awang. Antara makanan yang dihidangkan adalah ketupat, lemang, nasi impit, tapai, mee goreng, bihun goreng, aneka kuih muih dan juga pencuci mulut.
Berikut adalahaktiviti dijalankan sepanjang program tersebut:
- Pendaftaran ahli Pusat Internet (PI) secara percuma.
- Pameran daripada AADK Kuala Krai.
- Taklimat advokasi (KDB).
- Pertandingan membuat sampul duit raya menggunakan Microsoft Powerpoint
- Pertandingan mencipta video pendek menggunakan Microsoft Powerpoint.
- KDB ‘explorace’.
- Program usahawan.
- Cabutan bertuah bagi tetamu yang hadir.
Diharapkan program ini mampu memberi manfaat kepada semua pihak yang mengambil bahagian dan dapat dijalankan dengan lebih jaya pada masa akan datang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: