dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Kg Karangan, Kelantan
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Program Hari Terbuka Pusat Internet 1 Malaysia Kg. Karangan

11 Mac 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 10 Mac 2018, telah diadakan Program Hari terbuka PI bagi tahun 2018 bertempat di Pusat Internet (PI) Kampung Karangan. Program ini diadakan sebagai salah satu langkah untuk mempromosikan Pusat Internet 1 Malaysia kepada masyarakat setempat dengan aktiviti yang melibatkan komuniti melalui pertandingan, demonstrasi dan sebaran maklumat Klik Dengan Bijak yang dijalankan sepanjang program ini berlangsung. Dengan adanya program ini, masyarakat setempat diberi peluang untuk mendaftar menjadi ahli PI secara percuma.

Selain daripada itu, melalui pertandingan berkaitan ICT komuniti juga dapat memperkenalkan perkhidmatan yang disediakan di PI serta memberi pendedahan berkenaan kegunaan komputer dan internet dalam kehidupan seharian secara positif. Disamping itu, pihak pengurusan PI turut memberi taklimat berkenaan eKelas Portal dengan lebih jelas kepada para pelajar dan ibubapa supaya mereka lebih terbuka dan berminat untuk menggunakan kemudahan portal pendidikan secara digital yang disediakan secara percuma oleh pihak Maxis kepada seluruh pelajar menengah rendah.

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program tersebut adalah:

  • Pendaftaran ahli secara percuma.
  • Taklimat advokasi (KDB)
  • Pertandingan membuat flyers menggunakan Microsoft Powerpoint
  • Pertandingan mencipta video pendek menggunakan Microsoft Powerpoint.
  • KDB ‘explorace’.
  • Kuiz advokasi.
  • Program usahawan.
  • Cabutan bertuah bagi tetamu yang hadir.

Diharapkan program ini mampu memberi manfaat kepada semua pihak yang mengambil bahagian dan dapat dijalankan dengan lebih jaya pada masa akan datang

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas

© 2014 - 2019 Semua Hakcipta Terpelihara.