Aktiviti Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan Negara
31 Ogos 2018 | Aktiviti TerkiniPada 30 Ogos 2018, bertempat di Pusat Internet (PI) Kampung Karangan, telah diadakan aktiviti bersempena sambutan Hari Kemerdekaan Negara Malaysia yang ke 61 tahun pada 31 Ogos 2018. Kelas ini diadakan selama 1 jam 30 minit dan disertai oleh pelajar sekolah rendah dan menengah. Matlamat aktiviti yang dijalankan adalah untuk menanam semangat patriotisme dan sikap cinta akan tanah air Malaysia dalam diri setiap pelajar selain untuk meningkatkan kesedaran tentang sejarah kemerdekaan negara. Salah satu aktiviti yang diadakan adalah permainan atas talian ‘Kahoot Game’ berkaitan tentang sejarah kemerdekaan Malaysia.
Permainan Kahoot adalah sangat interaktif dan mempunyai sistem ranking. Pelajar dapat peluang menguruskan sendiri jawapan mereka di komputer masing-masing. Di permulaan, pengajar memaparkan aplikasi Kahoot pada skrin utama dan pelajar membuka aplikasi Kahoot pada komputer masing-masing. Pelajar memasukkan Game Pin dan nama pengguna dan kemudian mereka menjawab soalan Kahoot sehingga tamat soalan. Di akhir permainan, pelajar yang mendapat markah tertinggi diberikan cenderamata sebagai tanda penghargaan.
Tahun 2018 telah masuk 61 tahun Malaysia merdeka. Untuk tahun ini, tema Hari Kebangsaan adalah "Sayangi Malaysiaku". Manakala lagu tema sambutan kemerdekaan tahun ini bertajuk "Kita Punya Malaysia" nyanyian kumpulan Bunkface. Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Negara.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: