dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Kg Karangan, Kelantan
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Matematik di Skrin

07 Januari 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 6 Januari 2018, bertempat di Bilik Latihan Pusat Internet (PI) Kampung Karangan, telah diadakan kelas Matematik di Skrin. Kelas ini bertujuan untuk membantu para pelajar sekolah rendah di sekitar Kampung Karangan belajar matematik menggunakan kemudahan ICT di PI. Selain itu, kelas ini juga bertujuan untuk mendedahkan dan membiasakan diri para pelajar tentang pembelajaran digital secara praktikal kepada mereka menggunakan enjin carian KIDDLE.

Di permulaan, pengajar memberi penerangan ringkas berkaitan pendidikan digital yang mana boleh diakses melalui internet. Seterusnya, para pelajar menggunakan pelayar internet atau enjin carian KIDDLE iaitu sebuah enjin carian khas bagi kanak-kanak dibawah umur khususnya untuk mencari bahan bacaan, latihan pelajaran ataupun permainan secara atas talian. Diharapkan para pelajar dapat menggunakan ilmu matematik yang diajar di dalam kelas akan datang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas

© 2014 - 2019 Semua Hakcipta Terpelihara.