dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Kg Karangan, Kelantan
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Kelas Tambahan Matematik Tahap 1

13 Januari 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 12 Januari 2018, bertempat di Bilik Latihan Pusat Internet (PI) Kampung Karangan telah diadakan kelas tambahan dan latihan subjek matematik bagi pelajar sekolah rendah. Kelas ini bermula pada pukul 11.00 pagi sehingga 1.00 tengahari. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk membantu para pelajar sekolah rendah di sekitar Kampung Karangan mengulangkaji matapelajaran matematik menggunakan kemudahan ICT di PI. Selain itu, mereka juga diberi latihan untuk menjawab soalan matematik dengan betul yang turut disertakan hadiah bagi mereka yang mendapat markah tertinggi dan kedua tertinggi.

Antara kelebihan dari kelas yang diadakan ini adalah:

  • Pelajar dapat mempraktikkan carian melalui pelayar internet Kiddle.
  • Pelajar dapat mengulangkaji subjek matematik dengan lebih praktikal.
  • Pelajar diajar supaya lebih fokus ketika belajar dan menanam sikap bersaing secara sihat.
  • Pelajar dilatih supaya menyiapkan tugasan pada masa yang diberikan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas

© 2014 - 2019 Semua Hakcipta Terpelihara.