Latihan Jari Cepat
14 Januari 2018 | Aktiviti TerkiniPada 13 Januari 2018, bertempat di Bilik Latihan Pusat Internet (PI) Kampung Karangan, telah diadakan kelas latihan menaip yang diberi tajuk Latihan Jari Cepat. Kelas ini bertujuan untuk membantu para pelajar supaya berkemahiran menaip dengan laju, pantas dan cekap sekaligus mengurangkan kesalahan ejaan dan sebagainya. Melalui kelas ini juga sedikit sebanyak dapat memupuk sikap fokus dalam diri mereka kerana turut diadakan pertandingan menaip paling laju dengan meminimakan kesalahan yang biasa berlaku semasa menaip menggunakan papan kekunci.
Di permulaan, pelajar diberi masa selama sejam untuk berlatih menaip dengan cepat dan meminimakan kesalahan melalui laman web Kiddle. Seterusnya, mereka dinilai untuk mendapatkan markah paling tinggi dengan kesalahan paling rendah dan dikira sebagai pemenang hadiah yang disediakan. Kelas ini secara tidak langsung memberi keseronokan kepada mereka kerana ianya dianggap baru bagi mereka yang baru belajar untuk mengenali kemudahan IT dan ICT.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: