Kelas Tambahan Matematik Tahun 6 (UPSR)
12 Ogos 2018 | Aktiviti TerkiniPada 11 Ogos 2018, bertempat di Bilik Latihan Pusat Internet (PI) Kampung Karangan telah diadakan kelas tambahan dan latihan subjek matematik bagi pelajar tahun 6. Kelas ini diadakan selama 1 jam yang disertai oleh 8 orang pelajar dan diajar oleh tenaga pengajar PI Kampung Karangan. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk membantu para pelajar sekolah rendah di sekitar Kampung Karangan mengulangkaji matapelajaran matematik menggunakan kemudahan ICT di PI.
Selain itu, mereka juga diberi latihan untuk menjawab soalan matematik dengan betul yang turut disertakan hadiah bagi mereka yang mendapat markah tertinggi dan kedua tertinggi. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang kelas tersebut adalah latih tubi, perbincangan dan mengenali tentang kaedah cepat belajar matematik dan membuat kiraan mudah.
Manfaat daripada kelas yang diadakan ini adalah:
- Pelajar dapat mengulangkaji subjek matematik dengan lebih praktikal.
- Pelajar diajar supaya lebih fokus ketika belajar dan menanam sikap bersaing secara sihat. Pelajar dilatih supaya menyiapkan tugasan pada masa yang diberikan.
- Pelajar dapat mempraktikkan bersama dengan pelajaran yang diajar oleh cikgu di sekolah untuk lebih mudah memahami konsep matematik secara berkesan.
- Pelajar dapat meningkatkan kemahiran belajar dalam subjek Matematik dan penggunaan teknologi dalam bidang pendidikan.
Diharapkan para pelajar dapat menggunakan ilmu matematik yang diajar di dalam kelas akan datang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: